ibu ,
ibu yang menunggu kau selama 9 bulan .tidak jemu ibu membawa kau ke sana sini .
menahan kesakitan kerana kau .
ibu menangis gembira semasa kau dilahirkan .
sementara ayah , mendapat kan kau untuk
membisik azan di telinga kecil kau .
ibu memeluk kau dengan erat . dan memujuk
kau supaya jangan menangis lagi .
ibu menjaga kau bagai menatang minyak yang penuh .
hidup ibu dan ayah tidak lah senang seperti yang kau jangka
ayah berkerja siang dan malam tanpa merasakan apa itu penat
untuk memberi kau makan dan apa yang kau perlu .
ibu di rumah tidak berkerja . hanya suri rumah sepenuh masa .
ibu di rumah menjaga kau . menyiap kan pakaian kau .
tapi , setelah ayah meninggal pada bulan ogos ,
hidup kau , ibu , dan semua adik beradik kau menjadi susa
duit semua nya hanya untuk syarikat yang kecil .
ada pun 2 3 ribu sahaja untuk menanggung makan
minum adikadik kau di rumah .
kau meminta duit yang banyak dari ibu ,
kau tengking ibu hampir setiap masa .
ibu menangis keseorangan , kau apa tahu ?
hidup kau hanya berada di luar .
kau tidak ada langsung belas kasihan pada ibu .
kau hanya tau "ibu , mahu duit ".
tidakkah kau tahu ibu merasa sangat sakit ?
jikalau ibu tidak ada nanti ? bagaimana hidup kau ?
adakah kau akan menderita sepanjang hidup kau ?
ibu tidak mengharap kan langsung balasan apa2 dari kau
cuma mahu dihormati sebagai gelaran ibu .
dia tidak perlukan duit . dia hanya perlukan kasih sayang
seorang anak yang disayangi nya selama 23 tahun .
di dalam minda ibu , dia berharap kau pulang
dan meminta maaf padanya .
-icca 2009 .