sweet owner Bigfoots! My one and only Credits!
| susah Kita kalau berkawan jangan lah terlalu memilih. Tapi pada aku, aku akan memilih lelaki sebagai kawan daripada memilih perempuan. Dan sebagai ibubapa juga mesti lah mereka akan risau jikalau salah satu anak perempuan nya asyik keluar dengan lelaki sahaja. dan pada malam hari. Okay itu apa yang aku cuba nak cakapkan dekat sini. Nak tahu tak, Kawan perempuan aku boleh kira dengan jari. Bukan baru sekarang aku realize yang aku banyak kawan lelaki. dh lama dah actually. and mereka lah satu satunya kawan kawan aku. Aku taktahu kenapa aku memang tak boleh click dengan perempuan. Nak kata perangai aku seperti seorang tomboy memang tak lah. haha. Tapi entah lah. dan disebabkan aku ramai kawan lelaki lah aku asyik keluar malam dan bersama lelaki. Seperti apa yang aku cakap tadi, mesti lah sebagai ibubapa, mereka akan risau jikalau anaknya pulak lewat malam. tambahan pula anaknya bersama lelaki. Dalam kepala mereka akan bermain seribu satu negative thoughts. sama ada mereka memikirkan keselamatan anak mereka ataupun activity apa yang sedang anak mereka lakukan. dan itu apa yang terjadi kepada umi ku. Aku selalu keluar malam dan yes bersama lelaki lelaki. Umi mesti bising. mesti tanya aku dengan siapa. kadang kadang aku nak sangat mencari satu masa dan explain kat dia yang aku tidak melakukan apa apa perkara negative ataupun jahat diluar sana. Dan kalau boleh aku nak sangat dia faham yang teman aku hanyalah daripada kaum lelaki. Jikalau aku tidak keluar bersama mereka, takkan aku nak terperap dekat rumah sahaja? Dan masa terluang aku hanyalah pada waktu malam. Bukan maksud aku nak membuatkan dia risau. Pernah aku bagitahu dia, kalau aku keluar aku hanyalah pergi ke kedai kedai minum di area subang ataupun shah alam. Tidak keluar pun daripada 2 kawasan ini. Susah untuk menyakinkan dia. Dia risau, aku tahu. Tapi.... aku pun mahu masa bersama kawan kawan aku. memang aku nak sangat explain dekat dia. Aku nak sangat dia faham tentang condition dan kawan kawan aku. Ye aku tahu, aku baru berumur 17 tahun dan tidak manis perempuan seperti aku keluar tengah tengah malam. Tapi itu sahaja masa aku ada. dah masa itu sahaja mereka berjaga. Haihh kadang kadang aku nak sangat satu masa dimana bila aku nak keluar, aku tak payah nak bagitahu sesiapa. hahaha memang tak lah. aku masih mempunyai ibu bapa. tak apa lah, everything will be fine and free after i finish my spm :) |